Saturday , 18 Nov 2017

ALUMNI

TO TOP

NEWS

Latest News


1 Suara : Perjumpaan Permata Dunia Perkukuh Kesatuan Alumni MMU Untuk Lebih Maju Menyumbang Kepada Hidup Lebih Mudah

“Kami perintis generasi multimedia
Teguh mendukung harapan agung hegara
Menyahut seruan wawasan negara
Unggul di mata dunia…”

Petikan lagu alumni MMU iaitu “Permata Dunia” yang sinonim dengan graduan universiti kebanggaan kita, Universiti Multimedia (MMU) juga dengan tepat sekali menggambarkan segala pengalaman manis dan serba positif para alumni yang hadir ke sesi “Meet & Greet” yang berlangsung di Pusat Konvensyen TM (TMCC) baru-baru ini. Seramai hampir 100 alumni MMU meluangkan masa bersama rakan-rakan seperjuangan mereka bagi memeriahkan perjumpaan yang diadakan pada 28 April yang lalu.

Sesi berkenaan telah diserikan dengan Up-Close and Personal bersama tetamu kehormat, Datuk Bazlan Osman, Pengarah Eksekutif / Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM di mana moderatornya adalah Presiden MMU Alumni Society sendiri, Prof. Dr. Hairul Anuar Abdul Rashid yang juga Naib Presiden (Research & Innovation) MMU yang baru. Turut hadir adalah Haji Zamzuri Abdul Majid, Pengarah Kanan Bahagian Hal-Ehwal Pelajar MMU merangkap Pengarah Kampus MMU Melaka yang menyampaikan ucapan alu-aluan.

Perjumpaan ini amat bermakna kerana ia bukan sahaja meningkatkan rangkaian antara para alumni dan anggota MMU malahan juga menghubungkan titik-titik pintar antara satu sama lain untuk saling bekerjasama serta boleh menjadikan “Hidup Lebih Mudah” dalam pelbagai aspek dan kebergantungan. Dengan keupayaan hampir 50,000 lulusan sejak lebih daripada 20 tahun Universiti swasta tempatan yang pertama ini ditubuhkan, MMU mengumpul segala kelebihan yang ada dalam memperkaya dan merealisasikan aspirasi “i-University”.

Sesi “Meet & Greet” Alumni MMU di TMCC ini adalah persinggahan ketiga di mana acara terdahulu telahpun dijayakan di Kampus MMU Melaka pada 4 April dan Kelab Darul Ehsan, Selangor pada 14 April 2017. Secara keseluruhan, tujuh lokasi telah ditetapkan bagi perjalanan siri jelajah yang sama pada tahun ini. Destinasi seterusnya ialah Hotel Grand Continental, Kuantan, Pahang dan Hotel Vistana, Pulau Pinang yang bakal dilangsungkan serentak pada 6 Mei ini. Dua yang terakhir akan diadakan di dalam Kampus MMU iaitu di Cyberjaya pada 18 Mei manakala penutupnya di Johor pada 20 Mei 2017.

Ternyata reputasi sesebuah universiti terletak bukan sahaja pada sistem pentadbiran dan operasi pengajarannya, tetapi juga pencapaian dan perkembangan para siswazahnya. Maka dengan itu, alumni MMU atau gelaran istimewanya “Permata Dunia”, sentiasa menjadi keutamaan pihak Universiti Multimedia. Tatkala MMU ingin semakin maju, hala tujunya kini sebagai Industry Trendsetter kian tertumpu kepada menghasilkan graduan inovatif, dan mahir dari segi keusahawanan. Perjalanan MMU ke peringkat yang lebih baik bersama wajar dibanggakan dan perlu terus diberikan galakan.

Sumber: 1Intra Publications



- 04 May 2017